Selepas kutipan dana van komuniti ini tidak mencapai sasaran pada tahun lepas, kami telah mencari ikhtiar lain dengan meminta bantuan daripada NGO luar bagi mendapatkan van ini untuk kami tetapi tidak jua berjaya. Akhirnya kami membuat keputusan untuk membeli van ini secara “hire purchase” dengan meminjam melalui Maybank dan Public bank.Setelah beberapa bulan, permohonan pinjaman kami akhirnya diterima oleh Public bank. Alhamdulillah.

Memandangkan van ini akan digunakan oleh pelajar asnaf dan al-Huda dan mempunyai komitmen bulanan maka, kami telah memutuskan untuk mengenakan konsep “tambang derma” atau “bayar seikhlas hati” kepada pengguna.

Van komuniti ini akan berfungsi sebagai:-

1. Menangani masalah kekurangan van sekolah yang menyebabkan anak-anak pelajar asnaf lewat ke sekolah.

2. Mengurangkan beban tambang sekolah anak-anak pelajar.

3. Mengelakkan pelajar madrasah al-Huda / kuliah jalanan berjalan kaki di kawasan berisiko seperti kawasan kelapa sawit untuk hadir belajar ke alhuda.

4. Membantu asnaf yang memerlukan pengangkutan untuk tujuan kecemasan

0% funded
RM
Personal Info

Donation Total: RM50.00