Menjadi pertubuhan yang member khidmat tanpa batas kepada masyarakat seluruh Sabah menjelang 2030.

Menyediakan bantuan kemanusiaan demi membangun masyarakat di Sabah.

Semporna Prihatin adalah sebuah organisasi bukan kerajaan yang ditubuhkan untuk membantu dan membela nasib asnaf termasuklah golongan yang terpinggir, berpendapatan rendah, pesakit-pesakit, orang-orang tua, dan anak-anak yatim.

Ia mula ditubuhkan ketika Pandemik pada awal tahun 2020 dan projek pertama yang di jalankan pada ketika itu hanyalah pengagihan bakul makanan. Pengasas pertubuhan ini ialah Encik Hassan Bin Unus, seorang lepasan ijazah dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan merupakan anak jati daerah Semporna, Sabah.

Di dunia tempat berpenat,

Di akhirat tempat berehat

Hassan Unus , Pengasas Semporna Prihatin

Kami komited untuk menyumbangkan tenaga dan fikiran kami untuk membantu masyarakat di Sabah khusunya di daerah Semporna agar mengecapi kehidupan yang sejahtera bebas dari belenggu kemiskinan hidup, selamat dari cabaran keruntuhan akhlak dan agama, kemunduran ekonomi dan kecetekan ilmu pengetahuan.

Sehingga kini, kami telah berjaya menjalankan misi-misi kemanusiaan antaranya ialah pengagihan bakul makanan, penubuhan sekolah alternatif, baikpulih masjid dan rumah asnaf, bantu pesakit untuk sihat, dan banyak lagi.

Untuk mencapai matlamat ini, Semporna Prihatin fokus menjalankan misi-misi kemanusiaan dalam 4 kluster utama iaitu:

KLUSTER PENDIDIKAN

KLUSTER KESIHATAN

KLUSTER BENCANA

KLUSTER KOMUNITI

Sehingga pada tahun 2023 ini, kama memiliki seramai 50 lebih Relawan Prihatin yang komited untuk menjalankan misi-misi kemanusiaan kami. Mereka terdiri daripada anak muda yang bersemangat waja dan merupakan anak jati Sabah. Tanpa mereka segunung amanah tidak akan mampu di pikul. Terima Kasih Relawan!

Daftar disini untuk menyertai Team Relawan Pirhatin

“Sebaik-baik manusia di antaramu adalah yang paling banyak manfaatnya bagi orang lain.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)