Kami telah menjalankan beberapa projek baik pulih masjid dan surau di beberapa kawasan di daerah Semporna, pedalaman pulau dan termasuk lah di luar daerah seperti Tawau.
Antara masjid yang telah di baik pulih adalah ;
- Masjid As-Salam (baikpulih)
- Masjid Kg Sri Jaya (baikpulih)
- Masjid Kg Kurnia Jaya Tawau (baikpulih)
- Masjid Kg Pekan 2 (baikpulih)
- Masjid Pulau Sibangkat (baikpulih)
- Masjid Kg Terusan Laut, Pulau Bum-Bum (baikpulih)
Bukan itu sahaja, semasa pandemik covid-19, kami juga telah membina sebuah surau baharu untuk keperluan penduduk di Kg.Pekan Dua, Semporna. (Lihat Galeri disini)
Alhamdulillah berkat sumbangan daripada orang ramai , Semporna Prihatin dapat melaksanakan khidmat ini kepada masyarakat setempat yang memerlukan baikpulih fasiliti surau di kawasan mereka dan juga pembinaan baharu.
Pada tahun ini pula , kami komited untuk membina dua buah surau iaitu Surau SK Kg.Pokas, Surau Silungun dan Masjid Silungun.
SURAU SK KG. POKAS
SK Kg Pokas Semporna berhasrat untuk membina surau sendiri namun tergendala dek kekangan dana yang tidak mencukupi.
Bayangkan, guru-guru disini mengutip dana sesama guru untuk membina surau yang menelan kos lebih 80K ini.
Akhirnya, pembinaan surau ini terbengkalai dan dana guru-guru sudah pun habis. Kini, mereka memerlukan pertolongan kita.
Oleh itu, kami mencari dermawan yang boleh membantu 18 guru dan 186 pelajar di sekolah pedalaman ini.
Kegunaan surau:-
- Memudahkan guru-guru mengerjakan jika ada aktiviti sekolah sehingga petang.
- Mengimarahkan aktiviti keagamaan di sekolah.
- Mempraktikan amalan-amalan fardhu ain di tempat yang lebih selesa dan teratur.
Moga Allah membuka hati-hati penderma untuk sudi membiayai surau ini.
Insyallah menjadi saham akhirat kita.
SURAU DI PEDALAMAN PULAU
Surau di Pulau Silungun dan Masjid Kampung Baru juga merupakan salah satu impian dan misi yang hendak kami jayakan pada tahun ini. Di mana kami ingin membina dan membaik pulih Surau dan masjid untuk menghidupkan aktiviti agama dan menjadi “one-stop-centre” di mana ia juga berfungsi sebagai pusat komuniti bagi penduduk di kawasan berkenaan.
“IMPIAN SILUNGUN” : MEMILIKI SEBUAH SURAU BUAT MASYARAKAT PULAU SILUNGUN
BAIK PULIH MASJID KAMPUNG BARU, PULAU BUM-BUM
مَنْ بَنَى لِلَّهِ مَسْجِدًا بَنَى اللَّهُ لَهُ مِثْلَهُ فِي الجَنَّةِ
“Barangsiapa membangun masjid karena Allah Ta’ala, Allah akan buatkan yang semisal untuknya di syurga”
(HR. Tirmidzi no. 318 dan Ibnu Majah no. 736, shahih)
Kami memberi peluang kepada orang ramai untuk sama-sama meraih pahala dan ganjaran daripada Allah SWT akan kebaikan amal membangunkan masjid mahupun surau.
Ayuh.. Membina masjid, membangun generasi!