Semporna Prihatin menerima kunjungan pelajar dan guru program pendidikan khas integrasi smk pulau bum-bum.

Alhamdulillah, kami bukan sahaja dilawat malah, kami juga telah diberi penghormatan untuk melancarkan simbolik pelepasan anak-anak istimewa ini membuat lawatan sambil belajar ke sandakan sabah.

Kami turut memberi peluang kepada guru-guru dan pelajar untuk merasa ice cream buatan asnaf (homemade) yang telah dijayakan melalui kluster ekonomi semporna prihatin.

Projek ice cream semporna prihatin ini telah berjaya menembusi pasaran 3 daerah di sabah melalui produk “pop circle” yang kini telah melepasi pengeluaran 10,000 seminggu.

Doakan kami terus berjaya membantu asnaf.

(InshAllah kami bersedia berkongsi ilmu kepada pelajar istimewa di smk pulau Bum-Bum untuk mempelajari kemahiran membuat ice creams)


0 Comments

Leave a Reply

Avatar placeholder

Your email address will not be published. Required fields are marked *